SOALAN-SOALAN LAZIM
A) PERSEDIAAN KE DURHAM
- 1. Dokumen-Dokumen Penting?
- Surat Beranak Asal dan salinan yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan telah diakui sah oleh Mahkamah Tinggi atau Institut Terjemahan Negara
- Kad Pengenalan Asal -MyKad bagi Dewasa dan Mykid bagi kanak-kanak (jika ada)
- Passport yang masih sah laku tempohnya sekurang-kurangnya 6 bulan
- Visa yang telah diluluskan oleh Pejabat Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia. (Bagi Pasangan yang memohon visa hendaklah mohon visa sebagai student dependant dan bukannya vis sebagai pelancong atau bekerja).
- Surat Asal Tawaran Belajar dari Universiti.
- Sijil Asal Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana termasuk transkrip peperiksaan dan salinan sijil-sijil dan transkrip yang diakui sah dalam Bahasa Inggeris.
- Salinan laporan Perubatan dan x-ray (jika ada).
- Lain-lain Dokumen pengenalan yang berkaitan dan yang perlu.
2. Makanan yang boleh dibawa?
- Roti
- Serunding
- Brahim
- Rempah-Ratus
- Mee Segera
- Lain-lain mengikut selera masing-masing dan jika perlu.
3. Ubatan-ubatan?
Jika perlu bawalah ubat-ubat asas bagi keperluan seperti:
- Minyak angin (spt minyak cap kapak, minyak cap singa dsb.)
- Paracetemol (spt panadol atau mana-mana ubat yang biasa dimakan)
- Minyak panas (untuk lenguh sendi-sendi dsb.)
- Plaster luka (sekiranya terluka dalam perjalanan)
- Lain-lain ubatan-ubatan yang dirasakan sesuai dan perlu
4. Pakaian yang perlu dibawa ?
- Baju kebangsaan, sampin dan songkok bagi lelaki dan baju kurung/kebaya untuk wanita.
- Kain tudung dan kain telekung untuk sembahyang bagi wanita muslim
- Kain pelikat (lelaki), kain batik (wanita), sejadah (prayer mat), Al-Quran.
- Pakaian musim sejuk untuk diri sendiri, suami, atau isteri atau anak-anak boleh di beli di UK dipasar “car boot” atau kedai “charity”.
5. Barang-barang
i) Yang Boleh dibawa?
- Rice cooker (jika tidak berat)
- Thumb drive (di UK Mahal berbanding Malaysia)
- Lap top
- Buku-Buku yang perlu
- Kain lampin untuk kanak-kanak
- Lain-lain barang keperluan yang dirasakan perlu
ii) Tidak Boleh dibawa?
- Barang-barang yang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan
- Senjata
- Dadah
- Lain barang-barang yang menyalahi peraturan imigresen UK
iii) Tidak Perlu Dibawa?
- Perabut-perabut dan gerobok
- Meja dan Set Sofa
- Tilam, dan katil
- TV and video
- Batu Lesung
- Lain-lain barang-barang yang tidak perlu
iv) Yang Sukar didapati di Durham?
- Semua jenis ulam-ulam kecuali daun sadri, daun ketumbar dan daun pudina
- Ikan bilis
- Durian
- Belacan
- Ikan Kering
- Lain-lain barang yang hanya terdapat di Malaysia.
V) Yang boleh di Pos dari Malaysia?
- Kerepek-kerepek
- Keropok-Keropok Ikan/Udang
- Kopi Tongkat Ali/Kopi Kacip Fatima
- Ubat-ubatan Homeopati/traditional
- Rempah-Ratus
- Lain-lain barang-barang yang dirasakan perlu
Nota : Pos melalui adalah paling murah (lebihkurang RM120.00 untuk 10kg) dan sampai dalam tempoh 2 bulan.
6. Pada siapa perlu maklumkan Tarikh Penerbangan?
- Maklumkan tarikh penerbangan yang confirm melalui email pada email durham_my@yahoogroups.co.uk
- Dapat dimaklumkan kepada Jawatankuasa Penempatan sebelum tiba di airport Newcastle/Teeside.
7. Pendaftaran online dengan Durham University?
- Pendaftaran online dengan Durham University perlu dilengkapkan sebelum datang ke Durham supaya tidak timbul masalah semasa pendaftaran.
- Perlu mendaftar dengan Universiti dengan melengkapkan segala proses pendaftaran. Jika tidak kad pelajar tidak akan diberikan oleh Universiti.
8. Dimana boleh menyewa rumah ?
- Bagi yang bujang boleh mohon untuk ditempatkan di Ustinov Kolej atau Brackenbury di Keenan House;
- Bagi Private Property- Purata harga kadar menyewa sebuah bilik di kawasan sekitar Bandar Durham ialah £50 seminggu.
- Bagi berkeluarga boleh memohon untuk menduduki asrama kelamin di Keenan House atau menyewa rumah disekitar Bandar Durham seperti di:
– Gilesgate
– Langley Park/Moore
– Newton Hall
– Bowburn
– Brandon
– Mana-mana kawasan yang didapati sesuai termasuk di New Castle, Stockton dan Middleborough.
–
- Purata harga menyewa rumah teres dua/tiga bilik tidur disekitar Durham adalah antara £375 hingga £450 bergantung kepada kawasan, saiz rumah dan kemudahan yang disediakan (fully furnish atau semi-furnish).
B) TELAH SAMPAI DI DURHAM
9. Penempatan?
- Jawatankuasa penempatan akan membawa ke Kolej/rumah sewa yang telah dimohon sebelum datang.
- Jika tiada rumah akan duduk menumpang sementara dimana-mana rumah warga Malaysia yang dipersetujui oleh Penghulu dan Jawatankuasanya.
10. Kad Pelajar?
- Selepas pendaftaran dibuat secara online adalah lengkap, kad pelajar boleh dibuat di Unit Komputer, Pejabat ITS (berhampiran Calman Learning Centre) Universiti Durham;
11. Jika Kad Pelajar hilang atau rosak?
- Kad baru boleh dibuat di Unit Komputer, Pejabat ITS (berhampiran Calman Learning Centre) Universiti Durham, dengan membayar £5.00.
12. Bagaimana Membuka Akaun Bank?
- Dapatkan surat pengesahan sebagai pelajar dari Universiti untuk membuka akaun bank.
- Akaun bank hanya boleh dibuka di Ibu pejabat Bank dan bukannya di Cawangan.
- Terdapat banyak bank di Durham tetapi dua bank yang menawarkan akaun prinsip Islam iaitu Llyods TSB dan HSBC. Alamat Bank tersebut ialah:
HSBC Durham
1 Saddler Street, Durham, County Durham
DH1 3NR
Tel: 08457 404 404
Fax: 0191 331 345
Website: http://www.hsbc.co.uk/1/2/
Lloyds TSB Bank PLC
19 Market Place, Durham, DH1 3NL
Tel 0191 3862616
Website: http://www.lloydstsb.com
13. Telefon dan Internet ?
- Bagi pelajar boleh mendapat sambungan internet percuma di:
– Perpustakaan Utama,
– Perpustakaan Undang-Undang,
– Makmal Komputer Universiti spt di SGIA; dan
– Queen Campus
- Perkhidmatan Telefon dan Internet di rumah boleh diperolehi daripada pelbagai syarikat seperti;
– BT;
– SKY
– Virgin Media
– 3 (Three)
– O2;
– Tiscali;
– Lain-lain yang berkaitan.
- Harga internet adalah bergantung kepada pakej, kelajuan, fixed line atau mobile broadband.
- Harga telefon bergantung samada fixed atau mobile. Jika mobile ianya bergantung samada kontrak atau pay as u go.
14. Bagaimana membayar Bil Eletrik dan Gas ?
- Bil boleh dibayar secara:
– direct debit atau
– bayar sendiri di pejabat pos; atau
– online melalui website syarikat berkenaan.
- Pemilihan syarikat boleh dibuat oleh penyewa sendiri.
15. Bagaimana membayar bil Air ?
- Kaedah bayaran adalah sama seperti bayaran bili elektrik dan gas.
- Terdapat satu sahaja syarikat yang membekalkan air di Northeast iaitu Northumbrian Water.
16. Adakah Menonton Televisyen Memerlukan Lesen ?
- TV memerlukan lesen dan perlu dibayar setiap tahun berjumlah £145.00.
17. Pendaftaran Sekolah anak-anak?
Bil. | Sekolah | Umur | Masa | Pendaftaran
|
1. | Nursery School
OR
Bowburn Infant and Nursery School Tel : 01913770606
|
3-4 tahun | 9.00 pagi – 11.45 tengahari
12.15 tengahari – 2.55 petang
|
Terus di Nursery Berkaitan |
2. | Reception School
OR
Bowburn Infant and Nursery School Tel : 01913770606
|
5-6 tahun | 9.00 pagi – 3.00 petang
|
County Hall
Primary Admissions Tel: 0191 383 4574/4490
|
3. | Junior School
OR
Bowburn Junior School Tel : 01913770497
|
7-10 tahun | 9.00 pagi – 3.00 petang
|
County Hall
Primary Admissions Tel: 0191 383 4574/4490
|
4. | Secondary/High School
OR
Durham Johnston School Crossgate Moor
|
11-15 tahun | 8.30 pagi-3.00 petang | County Hall
Secondary Admissions Tel: 0191 383 4574/4490
|
18. Pendaftaran dengan National Health Services (NHS)?
- Perlu mendaftar dengan Klinik atau /Hospital Universiti/Hospital berhampiran tempat tinggal.
- Perlu appointment sebelum jumpa General Practitioner (GP).
- Ubat-ubatan adalah percuma bagi kanak-kanak 16 tahun dan ke bawah dan perlu preskripsi dari GP.
- Ubat-ubatan boleh diambil di Farmasi terdekat dengan menunjukkan preskripsi. Bagi pesakit luar, jika tiada preskripsi, masih boleh membeli ubat dengan membayar.
- Alamat Hospital Universiti di Durham ialah:
University Hospital Of North Durham,
North Road, Durham, County Durham, DH1 5TW
Tel: 0191 333 2333
Fax: 0191 333 2685
- Alamat Klinik di Bowburn ialah:
Bowburn Medical Centre
Bow Street, Bowburn
Durham, Co. Durham, DH6 5AL.
Tel : 0191 377 2495
Fax : 0191 377 3379
19. Dimana boleh membeli makanan halal di Durham ?
- Terdapat satu kedai menjual daging dan ayam halal bernama Al Nour di tepi stesen bas di Bandar Durham;
- Boleh juga membeli dikedai-kedai makanan halal di Jalan Fenham dan West Road di Newcastle.
- Makanan yang lain-lain boleh di beli dipasaraya seperti TESCO, ASDA, Sainsbury atau Kedai Cooperative. Alamatnya ialah:
– TESCO METRO (dekat dengan pasar durham).
Durham Market Place Metro,
17 Market Place, DH1 3NH
Durham, County Durham,
– TESCO EXPRESS (sebelum stesen bas Bandar Durham)
Durham North Road Express,
17 North Road, DH1 4SH, Durham
– TESCO EXTRA (dekat dengan kawasan Gilesgate)
DURHAM EXTRA, DH1 2XA
RENNYS LANE, DURHAM,
– TESCO (di Langley Park)
Durham Langley Moor,22 High Street North, Durham, DH7 8JG.
– TESCO EXTRA (di Newton Aycliffe)
Newton Aycliffe Extra, Greenwell Road,
Newton Aycliffe, DL5 4DH, Durham
– ASDA Spennymoor (3.59 batu dari Bowburn, Durham)
St Andrews Lane, Spennymoor
DL16 6NE
– ASDA Arnison Centre (5.3 batu dari Bowburn, Durham)
Arnison Retail Centre, Abbey Road
Durham, DH11 5GF
– SAINSBURY’S
Durham Road, Chilton, Ferryhill, DL17 0EX
– SAINSBURY’S
Burn Lane, Newton Aycliffe, DL5 4HX
– COOPERATIVE FOOD-Bowburn
Prince Charles Avenue, Bowburn, DH6 5DJ
– COOPERATIVE FOOD-Coxhoe
200 Park Road, Coxhoe, DH6 4HA.
– COOPERATIVE FOOD-Newton Hall
Carr House Drive, Newton Hall, Durham, DH1 5LT
20. Dimanakah boleh membeli ikan dengan harga berpatutan ?
- Ikan boleh dibeli dengan harga berpatuttan di Fish Quay, Sunderland beralamat di:
Fish Quay,
Low Street, Sunderland Tyne and Wear
SR1, 2JR.
Tel : 01915100716
21. Adakah terdapat perkhidmatan Bas Percuma bagi Pelajar ?
- Bas percuma (jika menunjukkan kad pelajar) di Durham ialah X1 dari Stockton (queen Campus) hingga ke stesen bas Bandar Durham semasa waktu kampus bermula jam 6.00 pagi hingga 11.00 malam.
- Perkhidmatan bas X1 adalah selang selama setengah jam dan boleh diperolehi dari stesen bas terhad seperti:
– di kaunter D (stesen bas Durham),
– hadapan language Centre,
– Science site (berhampiran Perpustakaan Utama Durham)
– Bowburn
– Coxhoe
– Sedgefield;
– Stesen bas no 18 di Stockton; dan
– Hadapan Queen Campus
22. Bagaimana menggunakan Perkhidmatan Keretapi ?
- Perkhidmatan Keretapi adalah dari Stesen Keretapi di Bandar Durham bermula jam 6.00 pagi hingga 12.00 malam.
- Penggunaan RailCard boleh dibuat secara online dilaman web http://www.railcard.co.uk/ dengan harga £24 setahun dan boleh mendapat diskaun 1/3 daripada harga tiket pergi dan balik. Walau bagaimanapun, perjalanan dengan keretapi adalah cepat tetapi mahal berbanding dengan bas ekspress.
23. Adakah terdapat perkhidmatan Bas Ekspress ?
- Perjalanan jauh boleh juga dibuat dengan bas ekspress dengan menempah tiket melalui laman web http://www.nationalexpress.com/.
- Perjalanan dengan bas ekpress adalah murah tetapi lambat berbanding dengan keretapi.
24. Dimanakah boleh membeli Kereta Persendirian ?
- Kereta persendirian boleh dibeli di kedai used car atau melalui laman web seperti berikut:
– http://www.autotrader.co.uk/
– Lain-lain laman web used car berkaitan.
- Harga Kereta persendirian adalah dibawah lingkungan £1,000 bergantung kepada jenis dan kapasiti kenderaan.
25. Bagaimana memohon Lesen Memandu ?
- Lesen memandu dari Malaysia adalah sah digunakan untuk memandu di UK selama setahun.
- Selepas tempoh tersebut perlu lesen memandu dari UK. Permohonan boleh dibuat secara online atau pergi terus ke Pejabat DVLA yang terdekat. Permohonan secara online boleh dibuat dilaman web:
– http://www.direct.gov.uk/motoring atau
- Pejabat DVLA yang terdekat ialah:
Stockon DVLA Office
St Marks House, St Marks Court
Thornaby, Stockton on Tees
TS17 6QR
NewCastle DVLA Office
Eagle Star House Regent Farm Road Gosforth, Newcastle Upon Tyne
NE3 3QF
- Bayaran £50 dikenakan dan passport asal akan diambil untuk tujuan verifikasi dan perlu sekeping gambar berwarna saiz passport.
- Perlu belajar disekolah memandu dengan kadar £20 sejam jika tidak tahu memandu
- Perlu lulus peperiksaan bertulis dan ujian memandu DVLA.
26. Dimana boleh membeli Insuran Kereta ?
- Sebut Harga (quotation) bagi insuran kereta boleh dibandingkan melalui laman web
– Lain-lain laman web berkaitan
- Harga insuran akan lebih murah jika ada surat asal dari syarikat insuran di Malaysia yang mengesahkan jumlah NCB (No Claim Bonus) mengikut tahun dan peratus.
- Insuran boleh dibeli dengan secara online melalui laman web syarikat yang menawarkan sebut harga harga terendah.
27. Adakakah pembelian yang dibuat boleh mendapat cashback ?
- Bagi pembelian dari syarikat tertentu, cashback boleh diperolehi jika pembelian dibuat di Quidco melalui laman web www.quidco.com/.
28. Dimanakah “car boot sale” terdekat ?
- Sedgefield – berdekatan dengan Race Course –Sedgefield;
Tiket £2.00 bermula jam 8.00 pagi dan selepas 10.00 pagi harga tiket £0.80 pence.
- Stanley – Chester Le Steet, melalui junction 63 A1. Tiket £0.60 seorang bagi dewasa
- Seaham – melalui Jalan A19 menuju pekan Seaham. Tiket £0.60 pence bagi dewasa.
- Tiket bagi kanak-kanak dibawah 15 tahun adalah percuma bagi semua “car boot sale”.
29. Dimanakah Kedai Charity terdekat ?
- Ada 6 Kedai Charity di Bandar Durham berhampiran stesen Bandar Durham.
- 4 Kedai Charity di Langley Park.
- 5 Di Bandar Stockton.
30. Dimanakah Masjid di Durham?
- Terdapat satu masjid untuk solah berjemaah lima waktu dan sembahyang jumaat di Bandar Durham. Kod pintu masuk masjid ialah 7733.
- Kedudukan masjid ialah dibelakang kedai DunCow. Alamatnya ialah Durham University Mosques, Old Elvet, Durham, DH1 3HP.
31. Bagaimana Mengenai Waktu Sembahyang?
- · Waktu sembahyang dan download software untuk waktu azan boleh diperolehi melalui laman web www.islamicfinder.org/
- Kaedah yang boleh digunakan adalah berdasarkan Umm Al-Qura atau Muslim League boleh diperolehi melalui laman web www.islamicfinder.org/.
32. Adakah Terdapat aktiviti Pelajar Islam di Durham ?
- · Terdapat Durham University Islamic Society di Durham yang dikenali sebagai DUIS. Aktiviti yang dijalankan oleh DUIS boleh dirujuk dilaman web http://www.duisoc.com/
33. Adakah terdapat Masjid di Bandar Stockon ?
Terdapat 2 Masjid di Bandar Stockton iaitu:
- · Masjid Farooq e-Azaam:
39-41 Hartington Road
Teesside, Stockton-on-Tees, TS18 1HD
- · Masjid Bilal, Stockton.
34. Adakah terdapat Masjid di Bandar Sunderland ?
Terdapat 2 Masjid di Bandar Sunderland iaitu:
- Mosque of Sunderland
73-75 Chester Road, SR2 7PN
Sunderland, Tyne and Wear
- Sunderland Masjid
21 Western Hill Road, SR2 7PH, Sunderland
35. Adakah terdapat Masjid di Bandar Newcastle ?
Antara masjid-masjid di Bandar Newcastle ialah:
1 Rothbury Terrace,
Main Heaton Road, NE6 5XH, NewCastle UponTyne
ii) JAMIA MOSQUE AND BANDLADESH COMMUNITY CENTRE
Elswick Road, NE4, Newcastle Upon Tyne
iii) MADINA MOSQUE
10 Wingrove Gardens, Fenham, NE4 9HS, Newcastle Upon Tyne
6 North Terrace Spital Tongues, Newcastle, NE2
v) NEWCASTLE MOSQUE AND ISLAMIC CENTRE
Malvern Street off Elswick Road, Newcastle, NE4.
vi) NORTHUMBRIA UNIVERSITY MOSQUE
Business School Building University of Northumbria
NewCastle UponTyne
vii) NEWCASTLE CENTRAL MOSQUE
The White House
Grainger Park, NE4 8RQ
Newcastle Upon Tyne
viii) NEWCASTLE MOSQUE
10 Brighton Grove, Newcastle, NE4 5NU
ix) NEWCASTLE UNIVERSITY MOSQUE
Off Thomas Street King George VI Building,
University of Newcastle upon Tyne
Kings Road, NE17RU
Newcastle upon Tyne
x) SHAH JALAL MOSQUE
26-28 Sceptre Street
Elswick, NE4 6PQ
Newcastle Upon Tyne
xi) KOTKU MOSQUE – TURKISH COMMUNITY ASSOCIATION
35 Grainger Park Road, Newcastle, NE4.
C) PULANG KE MALAYSIA
36. Perkara-perkara perlu sebelum pulang ke Malaysia
- Telah tamat pengajian
- Telah siapkan projek/thesis
- Menyerahkan kunci bilik/rumah sewa
- Menjual kenderaan
- Jika membawa balik kenderaan pastikan dokumen asal seperti kad pendaftaran, insuran dan resit pembelian dibawa bersama bagi tujuan permohonan AP dari MITI Malaysia. Syarat-syarat AP bagi kenderaan persendirian untuk pelajar diluar negara boleh dirujuk di laman web http://www.miti.gov.my;
- Mempunyai simpanan yang mencukupi untuk membayar cukai kastam bagi AP yang telah diluluskan. (antara penentuan nilai cukai adalah tertakluk kepada model, cc kenderaan, tahun pendaftaran, harga belian, docket price kereta yang ditentukan oleh Kastam Diraja) melalui kerjasama Antarabangsa.
- Sewa kontena ada banyak barang yang perlu dibawa dan jika ada duit mencukupi;
- Membayar semua bil-bil dan hutang-hutang tertunggak.
- Maklumkan Jawatankuasa jila perlu dihantar ke lapangan terbang
- Minta maaf kepada orang lain di atas segala kesilapan yang telah dilakukan (jika ada).
- Bagi yang beragama Islam dicadangkan agar menunaikan dua rakaat solat hajat dan berdoa agar selamat sampai ke tanahair.
Leave a comment