Sedikit latar belakang:
Durham My merupakan komuniti kecil masyarakat Malaysia yang tinggal di sekitar Durham. Kebanyakkannya terdiri daripada para student di Durham University.
Durham My ditubuhkan bertujuan untuk menjaga kebajikan komuniti Malaysia ini. Di samping itu, Durham My juga bertanggungjawan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat menghilangkan kerinduan warga komuniti kepada tanah air terutamanya semasa musim-musim perayaan.
Durham My mempunyai jawatankuasa yang diketua oleh Penghulu dan dibantu oleh barisan exco yang mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Blog ini adalah hasil buah tangan diskusi/perbincangan di rumah tuan penghulu sementara menunggu waktu isya’ pada tarikh 28 July 2008, mereka yang hadir secara sepakat bersetuju untuk membangunkan satu laman web/blog untuk berkongsi idea, pandangan, pendapat dan apa jua cerita-cereka yang memberi manfaat kepada seluruh warga durham_my mahupun masyarakat tempatan di bumi Durham ini.
Semoga, impian yang dihasilkan ini mampu memberi kesan yang berguna kepada kita semua dan memberi manfaat kepada generasi akan datang. Selamat menjayakan satu lagi projek durham_my.
People are afraid to pursue their most important dreams, because they feel that they don’t deserve them, or that they’ll be unable to achieve them
wassalam.